Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian)(Kepujian)

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian)(Kepujian)

JPT/BPP(R/340/6/0721)03/29, MQA/FA8761

Tempoh

4 Tahun (8 Semester)

Yuran

RM4900 per semester

Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar ke arah kerjaya profesional dalam bidang pengurusan, kewangan, pemasaran dan perniagaan berasaskan produk pertanian.

Aspek rantaian pertanian menjadi tunjang dalam program ini di mana graduan akan mendapat kefahaman menyeluruh tentang pengeluaran dan rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga kepada pengguna. Kursus-kursus utama yang terdapat dalam program ini termasuklah pengurusan sains tanah, pengeluaran tanaman, ternakan, akuakultur, prinsip pengurusan, pemasaran, kewangan dan sumber manusia. Latihan industri, tesis dan kertas kajian turut memberi nilai tambah kepada graduan dalam program ini.

Kelayakan Masuk

PELAJAR TEMPATAN

♦  Lulus Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5 MQF); ATAU

♦  Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU

♦  Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi dengan minimum CGPA 2.0; ATAU

♦  Lulus STAM (pangkat Jayyid) DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU

♦  Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat UCAM.

PELAJAR ANTARABANGSA

♦  TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf.

♦  Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT.

 

Sruktur Program

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian)(Kepujian)

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Sektor Awam

Sektor Swasta

Shopping Basket
Skip to content