Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
JPT/BPP (N/345/7/1068) 12/22, MQA/FA9335
Tempoh
Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
Yuran
RM4900 per semester
Program ini menawarkan pengetahuan dan kemahiran bagi mereka yang ingin meningkatkan kerjaya dalam pentadbiran.
Kurikulum yang dibangunkan menekankan keperihalan dalam membuat keputusan operasi perniagaan serta pengetahuan teknikal lanjutan dalam subjek-subjek pengkhususan yang berkaitan. Struktur program ini akan menyedia dan membantu pelajar untuk membina keyakinan dalam hal menangani permasalahan organisasi dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, penyampaian pemasaran berkesan dan juga keusahawanan.
Program ini turut mengaplikasi teknik-teknik bagi menganalisis dan membantu membangunkan perspektif pentadbiran bagi menangani cabaran dan merebut peluang secara mikro dan makro dalam persekitaran perniagaan tempatan, serantau dan global. Ia juga menawarkan pengalaman profesional ke arah mempersiapkan graduan untuk meningkatkan tahap kepimpinan sebagai pengurus dan pemimpin yang cekap serta dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan ekonomi semasa.
Kelayakan Masuk
PELAJAR TEMPATAN |
♦ Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.5 atau setara dengan kelayakan yang dipersetujui oleh Senat; atau ♦ Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 KKM) dengan PNGK bawah 2.5 atau setara dengannya diterima dan pengalaman bekerja minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan; |
PELAJAR ANTARABANGSA |
♦ Syarat kompetensi Bahasa Inggeris ialah sekurang-kurangnya Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500 atau International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau setara. |
Sruktur Program
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Prospek Kerjaya
- Perunding Perniagaan
- Pengurus Operasi
- Pengurus Pelaburan Saham
- Pengurus Pemasaran
- Pengurus Bank
- Pengurus Syarikat
- Pengurus Jualan
- Pengurus Logistik
- Penyelidik Pemasaran
- Usahawan
- Pendidik/ Pengajar/ Pelatih