Senarai Program / Fakulti Agrosains
Diploma Pengurusan Landskap
Diploma Pengurusan Landskap
JPT/BPP(R/581/4/0041)01/24, MQA/A8773
Tempoh
3 Tahun (6 Semester)
Yuran
RM2750 per semester
Program Diploma Pengurusan Landskap ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembangunan dan pengurusan landskap yang terlatih dan berkemahiran.
Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali pratikal di tapak. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan landskap yang lengkap dari pelbagai aspek seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman landskap, pembinaan landskap dan rekabentuk landskap, keusahawanan, perakaunan, pembiakan tanaman dan pengurusan nursery, teknologi landskap dan sebagainya.
Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan. Ia mewujudkan lebih banyak bidang pekerjaan khusus dalam industri landskap seiring dengan hasrat negara untuk menghijaukan persekitaran.
Kelayakan Masuk
PELAJAR TEMPATAN |
♦ Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu serta lulus dalam mata pelajaran berikut:- ¤ Satu (1) mata pelajaran Sains; ¤ Matematik atau Prinsip Akaun; atau ♦ Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau ♦ Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau ♦ Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau ♦ Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau ♦ Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau ♦ Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau ♦ Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau ♦ Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia. ♦ Dan (bagi sub bidang seni bina dan rekabentuk dalaman), Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni/ Lukisan Kejuruteraan pada peringkat SPM atau yang setara dengannya; atau Lulus ujian Portfolio bagi mereka yang gagal atau tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni. |
PELAJAR ANTARABANGSA |
Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia |
Sruktur Program
Diploma Pengurusan Landskap
Prospek Kerjaya
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Pengurus Landskap
- Pengurus Nurseri
- Penolong Pengurus Landskap
- Penyelia Projek Landskap
- Penolong Arkitek Landskap
- Juruteknik Landskap
- Usahawan Landskap
- Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan