Senarai Program / Fakulti Agrosains
Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian)
Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian)
JPT/BPP(R/621/6/0013)04/27, MQA/FA5033
Tempoh
4 Tahun ( 8 Semester)
Yuran
RM6900 per semester
Program 4 tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang sains pertanian.
Kurikulum program ini merangkumi semua elemen seperti , matematik, sahsiah, sains tanaman, botani, tanaman makanan, tanaman industri, biokimia pertanian, genetik dan sel, sains ternakan, sains tanah, pengurusan mikrob tanah, mikrobiologi industri, keusahawanan, genetik dan pembiakbakaan, entomologi, ekonomi dalam pertanian, mekanisasi dalam pertanian.
Pelajar juga diberikan pendedahan semasa menjalankan latihan industri selama 12 minggu di agensi luar yang mempunyai kaitan dengan pertanian di samping amali ladang yang dijalankan setiap semester bermula dari semester ketiga. Ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang yang berkaitan.
Kelayakan Masuk
PELAJAR TEMPATAN |
♦ Lulus Diploma berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU ♦ Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran DAN kepujian Matematik di peringkat SPM; ATAU ♦ Lulus STAM sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU ♦ Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU ♦ Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia |
PELAJAR ANTARABANGSA |
♦ TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf. ♦ Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT. |
Sruktur Program
Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian)
Prospek Kerjaya
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Pegawai Pertanian
- Pegawai Ladang
- Usahawan Tani
- Pensyarah
- Pegawai Pendidikan
- Pegawai Penyelidik
- Pegawai Tadbir
- Pegawai Sains
- Pegawai Penyelidik Pengajian Tinggi