Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Agrosains

Asasi Sains

Asasi Sains

JPT/BPP(N/010/3/0505)09/23,  MQA/FA9778

Tempoh

1 Tahun (3 Semester)

Yuran

RM3600 per semester

Program ini menawarkan pengetahuan utama dalam bidang sains meliputi matematik, fizik, kimia, biologi dan teknologi maklumat selain pengetahuan asas dalam pertanian dan keusahawanan.

Ia merupakan program pra-universiti yang memberi laluan pendidikan pantas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang sebelum berpeluang untuk memilih program Ijazah Sarjana Muda pilihan mereka daripada pelbagai program dalam bidang yang berkaitan seperti pengurusan landskap dan sains pertanian.

Kelayakan Masuk

1. Lanjutan pengajian ke bidang Perubatan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain;
2. Lanjutan Pengajian ke bidang Pergigian:
Lulus SPM / O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain;
3. Lanjutan pengajian ke bidang Farmasi:

Lulus SPM / O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain serta wajib lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara;

3. Lanjutan pengajian ke bidang Sains Kesihatan Bersekutu :

♦  Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk 4 daripada mata pelajaran berikut:

¤  Biologi

¤  Fizik

¤  Matematik

¤  Kimia

4. Lanjutan pengajian ke bidang Kejuruteraan:

Lulus SPM / O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk dalam Matematik dan salah satu mata pelajaran Fizik dan 3 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya.

5. Lanjutan pengajian ke bidang Alam Bina:

Lulus SPM / O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya.

6. Lanjutan pengajian ke bidang Sains yang lain

Lulus SPM / O-Level dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains.

7. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Sruktur Program

Asasi Sains

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content