Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Perakaunan
Diploma Perakaunan
JPT/BPP(R2/344/4/0293)01/25, MQA/A5690
Tempoh
3 Tahun (6 Semester)
Yuran
RM2800 per semester
Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar berkaitan dengan konsep perakaunan dan kebolehan pelajar untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dan situasi pekerjaan sebenar.
Graduan bukan sahaja dilatih dalam kemahiran perakaunan tetapi program ini juga menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat seperti komunikasi secara efektif dan kebolehan untuk bekerja secara berkumpulan di samping memberi pengetahuan tentang bagaimana pengurusan mengawal aspek kewangan dalam organisasi. Program ini menawarkan kursus-kursus lain yang berkaitan seperti pengurusan kewangan, pengurusan, statistik, percukaian dan pengauditan.
Kelayakan Masuk
- Lulus SPM / SPMVdengan mempunyai tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan satu (1) subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus O-Leveldengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus SKM Tahap 3dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan minimum satu (1) kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komunitiyang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dengan kredit dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF)dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, ATAU
- Lulus STPMatau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; dan kepujian dalam mata pelajaran matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Lulus STAMdengan minimum pangkat Maqbul; dan kepujian dalam mata pelajaran MAtematik dan Lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Sruktur Program
Diploma Perakaunan
Prospek Kerjaya
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Penolong Pegawai Akaun.
- Penolong Eksekutif Perakaunan
- Penolong Pegawai Bank
- Penyelia Kewangan