Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Perniagaantani
Diploma Perniagaantani
JPT/BPP(R2/340/4/0081)10/26, MQA/FA0896
Tempoh
3 Tahun (6 Semester)
Yuran
RM2800 per semester
Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian.
Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang ini untuk mencari peluang dalam menjana pendapatan dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian.
Kelayakan Masuk
- Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran serta lulus Matematik atau Prinsip Akaun; atau
- Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurang gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
- lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
- melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
- lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
- melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Sruktur Program
Diploma Perniagaantani
Prospek Kerjaya
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Penolong Pegawai/Pengurus di organisasi/perniagaan berasaskan perniagaantani.
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di organisasi berasaskan pertanian.
- Usahawan berasaskan pertanian.