Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan

Diploma Perniagaantani

Diploma Perniagaantani

JPT/BPP(R2/340/4/0081)10/26, MQA/FA0896

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM2800 per semester

Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian.

Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang ini untuk mencari peluang dalam menjana pendapatan  dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian.

Kelayakan Masuk

  1. Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran serta lulus Matematik atau Prinsip Akaun; atau
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurang gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
  8. Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; atau
  9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Sruktur Program

Diploma Perniagaantani

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content