Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengurusan Perniagaan

JPT/BPP(N/345/4/1075)12/22, MQA/FA9285

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM2800 per semester

Program ini ditawarkan untuk melahirkan graduan separa profesional dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi yang berasaskan perniagaan.

Kurikulum program ini meliputi aspek berkaitan pengurusan, pemasaran, kemahiran komunikasi, perundangan dan bidang lain yang berkaitan yang dirangka untuk membantu pelajar untuk membuat keputusan yang  bijak dan tepat dalam memacu hala tuju sesebuah perniagaan.

Kelayakan Masuk

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu; atau
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; atau
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul; atau
  4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau
  5. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) atau setara; atau
  6. Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran; atau
  7. Lulus O-level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran; atau
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia atau Senat Kolej Universiti Agrosains Malaysia.

Sruktur Program

Diploma pengurusan Perniagaan

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content