Senarai Program / Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Perniagaantani
Diploma Perniagaantani
JPT/BPP(R2/340/4/0081)10/26, MQA/FA0896
Tempoh
3 Tahun (6 Semester)
Yuran
RM2800 per semester
Kelayakan Masuk
- Lulus SPM / SPMV dengan mempunyai tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan satu (1) subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan minimum satu (1) kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dengan kredit dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF)dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; dan kepujian dalam mata pelajaran matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; dan kepujian dalam mata pelajaran MAtematik dan Lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Diploma Perniagaantani
Prospek KERJAYA
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Penolong Pegawai/Pengurus di organisasi/perniagaan berasaskan perniagaantani.
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di organisasi berasaskan pertanian.
- Usahawan berasaskan pertanian.