UEC
Pengenalan UEC
UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) ditubuhkan bertujuan sebagai pusat perhubungan antara pelajar dan agensi dalam industri yang berkaitan dengan keusahawanan.
UEC akan membantu menyalurkan sebarang maklumat dan hebahan peluang keusahawanan kepada pelajar UCAM.
Visi UEC
Untuk menjadi pusat perkhidmatan pendidikan keusahawanan akademik dalam memberi nilai tambah kepada usahawan yang berpotensi di kalangan pelajar, alumni, warga UCAM dan komuniti
Misi UEC
Menerapkan kemahiran dan nilai-nilai keusahawanan dengan penguasaan ilmu teori dan amali terhadap pelajar secara berterusan
Objektif UEC
- Menyediakan program dan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan
- Pusat rujukan dan bimbingan keusahawanan khasnya kepada pelajar UCAM dan amnya kepada pekebun kecil RISDA
- Untuk menggabungkan kepakaran dalam bidang keusahawanan di UCAM dan mengembangkan konsortium untuk bekerjasama dan memberikan ilmu keusahawanan asas yang kukuh kepada pelajar, dan juga usahawan