Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Fakulti Pengurusan Perniagaan ditubuhkan selari dengan hasrat Kolej RISDA untuk memperkasakan bidang keusahawanan dan perniagaan serta melahirkan graduan yang berkeupayaan untuk memajukan diri di dalam bidang perniagaan.

Peranan FAS adalah untuk mencapai visi dan misi Institusi untuk memperkasakan pendidikan pertanian. FAS merupakan tunjang penting Institusi bagi melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur. Kurikulum bersepadu yang dibentuk bukan sahaja bersandar kepada ilmu teori di dalam kuliah tetapi turut dipraktikkan di lapangan amali.

Ini sejajar dengan keperluan Negara yang ingin melahirkan lebih ramai generasi yang cenderung ke arah bidang pertanian dan memenuhi pasaran kerjaya. Pelajar juga diberi pendedahan kepada bidang keusahawanan dan teknologi pertanian yang dapat menggalakkan mereka untuk menceburi bidang usahawantani setelah tamat pengajian.

Objektif Kami

icon-1

Memupuk budaya mencari ilmu dan menguasai bidang perniagaan dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan lain.

icon-2

Mencetus idea-idea baru bagi mengadaptasi perubahan dan permintaan pasaran.

icon-3

Menggalakkan penggunaan teknologi dan kepakaran yang ada bagi mencapai misi Fakulti.

icon-4

Menanamkan budaya mencintai ilmu kepada setiap pelajar.

Visi Kami

Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.

Misi Kami

Membentuk graduan di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang berkualiti dalam kefahaman akademik, idea dan tindakan dalam merealisasikan matlamat Kolej RISDA.

Jabatan Fakulti

Program Akademik

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian)(Kepujian)

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

Diploma Pengurusan Perniagaan

Diploma Perakaunan

Diploma Perniagaantani

Diploma Keusahawanan

Diploma Kewangan Islam

Asas Pengurusan Perniagaan

0 %

Graduan Bekerja

Graduan mendapat pekerjaan

0 %

Belajar

Graduan melanjutkan pelajaran

0 %

Kebolehpasaran

Menjadi rebutan pelbagai sektor

Shopping Basket
Skip to content