Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat

Diploma Sains Komputer (Rangkaian)

Diploma Sains Komputer (Rangkaian)

JPT/BPP(R/481/4/0109)07/24, MQA/FA4666

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM3400 per semester

IT telah muncul sebagai teknologi yang berbeza melalui teknik fokus dan pengkomputeran, telekomunikasi dan multimedia.

Program selama tiga tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan separa professional dalam bidang rangkaian komputer selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Program ini memdedahkan pelajar kepada kemahiran pendawaian sistem rangkaian, konfigurasi sistem rangkaian dan pengurusan rangkaian.

Pelajar juga didedahkan  mengenai pengurusan rangkaian seperti kerja-kerja mengenalpasti masalah, membaikpulih dan menyelenggara sistem rangkaian. Pelajar juga didedahkan kepada latihan industri di agensi kerajaan atau swasta selama 4 bulan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

Kelayakan Masuk

  1. Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; atau
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; atau
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; atau
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik; atau
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik; atau
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik; atau
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    1. kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; atau
  8. Lulus STAM (pangkat Maqbul); dan
    1. kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; atau
  9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
    1. Bagi calon yang tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program Sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
    2. Bagi calon yang mendapat kepujian dalam mana-mana mata pelajaran berkaitan bidang pengkomputeran di peringkat SPM atau setara dengannya boleh diberi keutamaan.

Sruktur Program

Diploma Sains Komputer (Rangkaian)

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content