Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Sains Sosial dan Teknologi Maklumat

Diploma Pembangunan Luar Bandar

Diploma Pembangunan Luar Bandar

JPT/BPP(N/581/4/0084)04/21, MQA/FA8061

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM3400  per semester

Program ini ditawarkan untuk menampung keperluan tenaga terlatih dalam bidang Pembangunan Luar Bandar yang bakal bekerja di sektor awam mahupun swasta.

Ia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan bersifat daya saing terutama dalam menjayakan kerangka rancangan serta program-program luar bandar bagi membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Pelajar-pelajar bagi program ini akan diterapkan kurikulum berkaitan dengan pembangunan manusia, asas pertanian, pengurusan masyarakat desa, komunikasi, undang-undang tanah dan teknologi maklumat untuk membolehkan mereka membangunkan masyarakat luar bandar secara menyeluruh daripada sudut ekonomi, memperbaiki kualiti hidup dan mengurus luar bandar secara cekap dan mampan.

Penekanan program ini adalah untuk menyediakan graduan yang mampu merubah kerangka minda dan sikap penduduk luar bandar supaya mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin berdikari.

Kelayakan Masuk

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan dua mata pelajaran lain serta lulus mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris; atau
  2. Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  7. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
  8. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat maqbul); atau
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Sruktur Program

Diploma Pembangunan Luar Bandar

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

0 %

Graduan Bekerja

Graduan mendapat pekerjaan

0 %

Belajar

Graduan melanjutkan pelajaran

0 %

Kebolehpasaran

Menjadi rebutan pelbagai sektor

Shopping Basket
Skip to content