Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat

Diploma e-Perniagaan

Diploma e-Perniagaan

JPT/BPP(R/340/4/0263)07/23, MQA/FA2798

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM3400 per semester

Program ini direkabentuk untuk melahirkan graduan yang mampu menjadi seorang usahawan IT berjaya dengan mempelajari bidang keusahawanan dan komputer secara khususnya.

Program Diploma E-Perniagaan ini mempunyai kurikulum pengajian yang merangkumi aspek teori dan praktikal. Kurikulum program merangkumi semua elemen seperti Pengenalan Kepada Usahawan, Rekabentuk dan Pengaturcaraan Internet, Asas Komputer, Undang-undang Perniagaan, Perakaunan, Pemasaran, Rekabentuk Laman Web, Aplikasi Web Mobile dan Pengurusan.

Pelajar juga diberikan pendedahan semasa latihan industrI selama 4 bulan.

Kelayakan Masuk

  1. Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris; atau
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
    1. lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
    2. melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
  8. Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
  9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Bagi pelajar antarabangsa, perlu memperolehi skor 5.0 untuk Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) atau yang setara.

Sruktur Program

Diploma e-Perniagaan

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

0 %

Graduan Bekerja

Graduan mendapat pekerjaan

0 %

Belajar

Graduan melanjutkan pelajaran

0 %

Kebolehpasaran

Menjadi rebutan pelbagai sektor

Shopping Basket
Skip to content