Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Agrosains

Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian)

Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian)

JPT/BPP(R/581/6/0064)03/27, MQA/FA5032

Tempoh

4 Tahun (8 Semester)

Yuran

RM6700 per semester

Program 4 tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang hortikultur dan landskap.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Ini akan membolehkan mereka untuk menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi hortikultur dan landskap untuk faedah manusia sejagat.

Kursus-kursus dalam program ini merangkumi sains tanah, sains asas, tanaman hiasan, pembiakbakaan tanaman, rekabentuk tanaman, kerja pembinaan landskap, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi.

Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan hortikultur dan landskap merupakan komponen integral dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan dengan situasi sebenar dengan menjalani latihan praktikal di industri berkenaan.

Kelayakan Masuk

PELAJAR TEMPATAN

♦  Lulus Diploma berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU

♦  Lulus STPM  atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; ATAU

♦  Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU

♦  Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

♦  TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf.

♦  Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT.

 

Sruktur Program

Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian)

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content