Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Agrosains

Diploma Sains Pertanian

Diploma Sains Pertanian

JPT/BPP(R/621/4/0005)05/23, MQA/FA2779

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM3400 per semester

Diploma Sains Pertanian melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang pertanian bagi memenuhi permintaan dasar Negara

Program ini akan mendedahkan pelajar kepada latihan secara hands-on seperti pengeluaran makanan, ICT, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, dan pengurusan.

Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek pertanian dan praktikal yang melibatkan tanaman, penuaian dan pemasaran berperingkat semasa pengajian.

Kelayakan Masuk

PELAJAR TEMPATAN

♦  Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM, salah satu subjek Sains dan satu matapelajaran lain serta  lulus BI dan Matematik ; ATAU

♦  Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU

♦  Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU

♦  Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU

♦  Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU

♦  Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU

♦  Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU

♦  Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

PELAJAR ANTARABANGSA
♦  Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

 

Sruktur Program

Diploma Sains Pertanian

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content