Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Kemasukan

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Senarai Program / Fakulti Agrosains

Diploma Pengurusan Ladang

Diploma Pengurusan Ladang

JPT/BPP(R/345/4/0380)07/23, MQA/FA2795

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran

RM3400 per semester

Program Diploma Pengurusan Ladang ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang perladangan yang terlatih dan berkemahiran.

Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali pratikal di ladang. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan ladang yang lengkap dari pelbagai aspek  seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman, entomologi, keusahawanan, perakaunan, landskap, tanaman industri seperti sawit dan getah, tanaman sayuran dan sebagainya.

Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan.

Kelayakan Masuk

PELAJAR TEMPATAN

♦  Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta  lulus BI dan Matematik ; ATAU

♦  Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU

♦  Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU

♦  Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU

♦  Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU

♦  Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU

♦  Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU

♦  Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

♦  Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

 

Sruktur Program

Diploma Pengurusan Ladang

Prospek Kerjaya

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :

Shopping Basket
Skip to content