Senarai Program / Fakulti Agrosains
Diploma Pengeluaran Ternakan
Diploma Pengeluaran Ternakan
JPT/BPP(R/621/4/0009)05/24, MQA/FA3548
Tempoh
3 Tahun (6 Semester)
Yuran
RM3400 per semester
Program ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang pertanian secara amnya dan bidang pengurusan ternakan secara khususnya.
Program Diploma Pengeluaran Ternakan ini mempunyai kurikulum pengajian yang merangkumi aspek teori dan juga praktikal. Kurikulum program ini merangkumi semua elemen seperti biologi, kimia, matematik, asas pengeluaran ternakan, teknologi pemprosesan makanan, struktur ladang ternakan, anatomi dan fisiologi ternakan, genetik , pembiakbakaan ternakan, pengurusan ladang ternakan dan pengurusan sisa ternakan.
Pelajar juga diberikan pendedahan semasa menjalankan latihan industri selama 14 minggu di agensi luar yang mempunyai kaitan dengan bidang ternakan. Ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang berkaitan.
Melalui kaedah pengajaran yang digunakan boleh memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dari sudut pemikiran kritis, komunikasi, pembuatan keputusan serta penyelesaian masalah. Jika dilihat setiap kursus yang ditawarkan mengandungi hasil pembelajaran yang berbeza. Tetapi setiap kursus ini melengkapi setiap syarat di dalam hasil pembelajaran.
Kelayakan Masuk
- Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan salah satu mata pelajaran Sains serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris; atau
- Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; atau
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
- lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
- melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan
- lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; dan
- melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
- Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Sruktur Program
Diploma Pengeluaran Ternakan
Prospek Kerjaya
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya sebagai :
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Pegawai Veterinar
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Usahawantani
- Penyelia Ladang