Mengenai UCAM

Mempersiapkan pelajar dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat sebagai warga negara dan pemimpin yang terlibat dalam dunia yang kompleks

Mengenai UCAM/ Latar Belakang

Pengenalan Sejarah

Menjadi Institusi Akademik yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten

UCAM adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA yang ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996.

Kampus UCAM adalah di Alor Gajah, Melaka dengan keluasan kawasan 150 ekar.

pengenalan-sejarah-ucam

No Rujukan Surat Kelulusan Penubuhan UCAM

JPT/BPP(U)1000-801/140(6)

No Perakuan Pendaftaran UCAM

DKU029(M)

No Rujukan Surat Perakuan Pendaftaran UCAM

JPT/BPP(D)1000-701/583(2)

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA

Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi.

UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan.

Sejarah UCAM

Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI).

Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA.

Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA (ILR). Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.

Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai University College of Agroscience Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar.

Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan. Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi.

UCAM juga turut mempunyai 3 cawangan iaitu Kolej RISDA Pahang, Kolej RISDA Perak dan Kolej RISDA Kelantan yang beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program latihan, TVET dan konsultasi.

UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain itu, UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2015 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat  Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges 2012/2013) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Sehinggai kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 10,000 orang graduan khususnya dalam bidang pertanian dan perladangan mahupun dalam lain-lain bidang.