Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Jabatan/Pusat

Dalam usaha untuk memastikan bahawa UCAM sentiasa menjadi Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang terunggul dan tersohor di seantero dunia seiring dengan visinya.

Hal Ehwal Akademik

Peraturan Akademik

Buku Peraturan Akademik ini disediakan sebagai bahan rujukan utama bagi membolehkan para pelajar memahami pelaksanaan sistem akademik.

Ia bahan rujukan utama bagi membolehkan para pelajar memahami pelaksanaan sistem akademik di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) seperti prosedur-prosedur pendaftaran, peraturan-peraturan peperiksaan dan kurikulum pengajian yang sedang diikuti. Buku Peraturan Akademik ini terpakai untuk semua pelajar bagi program Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi.

Pelajar-pelajar perlu menjalankan tanggungjawab seperti berikut untuk membolehkan Jabatan Hal Ehwal Akademik memberikan perkhidmatan yang cekapdan berkesan.

Diharapkan Buku Peraturan Akademik ini dapat digunakan sebagai sumber maklumat yang bermanfaat kepada semua khususnya kepada pelajar, pensyarah dan pihak-pihak lain yang berkaitan dan ucapan jutaan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan maklumat dan idea dalam usaha penerbitan buku ini.

pelajar-di-pustaka

Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan Akademik ini.

Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada pensyarah, penasihat akademik, pihak pengurusan Fakulti dan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Akademik sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk permasalahan.

Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan yang terdapat dalam Buku Peraturan Akademik.

Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap kesan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Shopping Basket
Skip to content