Media

Mesyuarat Pelarasan Program Pensijilan Halal RISDA Negeri Kelantan 2026
Sekitar Mesyuarat Pelarasan Program Pensijilan Halal RISDA Negeri Kelantan 2026 yang dihadiri oleh wakil UCAM Halal Centre. Sesi ini bertujuan menyelaras pelaksanaan program pensijilan halal bagi usahawan bimbingan RISDA dengan lebih teratur dan berkesan.
Sekitar perbincangan dua hala antara Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) dan FGV Plantation Management di Kuala Lumpur. Pertemuan ini memfokuskan kepada perancangan dan pelaksanaan Program Harvesting Specialist bagi memacu industri perladangan negara.
Perbincangan Kerjasama KRSB & FGV Plantation: Pelaksanaan Program Harvesting Specialist
Lawatan Kerja Rasmi YB Pengerusi RISDA ke Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) UCAM
Sekitar lawatan kerja rasmi dan pemantauan YB Pengerusi RISDA ke Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) UCAM di Melaka hari ini. Kunjungan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa projek dan memperkukuh komitmen memajukan industri getah negara secara mampan.
YB Pengerusi RISDA bersama delegasi pihak UCAM telah meluangkan masa menziarahi dan menyantuni ahli keluarga staf UCAM yang kembali ke Rahmatullah sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral. Salam takziah dan Al-Fatihah.
YB Pengerusi RISDA & Pihak UCAM Menyantuni Keluarga Allahyarham Staf UCAM
Program Khidmat Masyarakat Pelajar (Subjek MPU) di SK Bandar Hilir
Sekitar perjalanan Program Khidmat Masyarakat (Subjek MPU) di SK Bandar Hilir. Program ini bertujuan memupuk nilai kesukarelawanan, semangat kerjasama berpasukan serta tanggungjawab sosial pelajar menerusi sumbangan bakti kepada komuniti sekolah.
Sekitar kemeriahan Program PERSADA ACTIONHUNT: Unlock The Pieces anjuran bersama PERSADA UTeM. Program explorace ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kepimpinan dan kerja berpasukan mahasiswa PERSADA Zon Selatan.
Kemeriahan Program PERSADA ACTIONHUNT: Unlock The Pieces Bersama PERSADA UTeM