Pusat Penyelidikan RAiMC

TUNJANG PENYELIDIKAN & INOVASI DI UCAM

Pengenalan RAiMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAiMC) merupakan entiti penyelidikan rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Penubuhannya bermula sejak tahun 2011 sebagai Pusat Penyelidikan yang ketika itu berperanan menjalankan kajian di bawah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA.

Pada awalnya, pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan, Pascasiswazah dan Khidmat Profesional. Namun, setelah penstrukturan semula, bahagian pascasiswazah telah dipindahkan ke bawah pentadbiran Unit Pascasiswazah di bawah Jabatan Hal Ehwal Akademik.

Kini, pusat ini beroperasi dengan identiti baharu sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RAiMC) yang memfokuskan kepada pengurusan penyelidikan, pembangunan inovasi, serta pengukuhan kolaborasi akademik dan industri.

Visi RAiMC

Diiktiraf sebagai pusat pengurusan penyelidikan dan inovasi yang unggul, dengan penemuan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Misi RAiMC
  • Memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

  • Menghasilkan projek penyelidikan yang inovatif serta berpotensi untuk dikomersialkan.

  • Memperluas jaringan kerjasama penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

MEMBINA BUDAYA PENYELIDIKAN BERIMPAK

Matlamat RAiMC

MEMACU KUALITI PENYELIDIKAN UCAM

Jawatankuasa RAiMC

Pengarah

En Mohd Guzairy bin Abd Ghani

Pertanian

Dr. Wan Nur Madihah binti Wan Abd Halim

Ketua Kluster

Pengurusan Landskap

Pn. Noraidah binti Nordin

Perniagaan, Keusahawan dan Ekonomi

Cik Nurul Hanis binti Rosli

Sains Sosial dan Kemanusiaan

Cik Halimatun Saadiah binti Salehan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pn. Maziana binti Mohamad

FOKUS PEMBANGUNAN ILMU & INOVASI

Geran & Penyelidikan RAiMC

PENGGERAK KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN UCAM

Pencapaian RAiMC

2025
2025
2023
Warga UCAM dan RAIMC berasa amat bangga dengan kejayaan para pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat (FSTM), UCAM yang berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal akademik. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama fakulti dan UCAM, malah turut membuktikan kepakaran kita setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus giat berkongsi ilmu melalui penerbitan akademik demi manfaat bersama. Ayuh, ucapkan tahniah dan sokongan anda di ruangan komen!

Tahniah Pasukan UCAM–RAIMC Raih Silver Award di IBIEC 2025 UCAM dan RAIMC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sr. Gs. Shahira A’in Binti Noor Azmi, Salma Shazwana Binti Abdullah, dan Mizan Fatihah Binti Mohamad atas kejayaan meraih Silver Award melalui projek inovatif “Smart Agrosync” dalam The International Borneo Innovation, Exhibition & Competition (IBIEC) 2025.

Pertandingan berprestij ini telah dianjurkan oleh Politeknik Negeri Jakarta dan Politeknik Mukah, menghimpunkan pelbagai idea kreatif serta penyelidikan inovatif dari serantau. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh inovasi, penyelidikan, dan kecemerlangan UCAM di persada antarabangsa.

Pencapaian & Anugerah Tahun 2023
  • Gold Award (Feed Aqua) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Silver Award (Landuse Changes MAP-GIS) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Gold Award (Feed Aqua) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Bronze Award (Musa SPP Fruit Bunch Packing Aid) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)

melahirkan modal insan berkualiti

Kami adalah UCAM

Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.

Pusat Penyelidikan RAiMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAiMC) merupakan entiti penyelidikan rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)

UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) merupakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik yang ditubuhkan bagi memperkasa hubungan strategik antara pelajar dan agensi industri berkaitan keusahawanan.

Kebajikan Pelajar

UCAM komited memastikan kebajikan pelajar terpelihara melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang menyokong kesejahteraan hidup dan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan di UCAM

Kemudahan yang selesa dan mesra pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mencerminkan komitmen institusi ini dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong kecemerlangan pelajar.

Kisah Kejayaan Alumni

Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), kejayaan tidak hanya diukur di dalam bilik kuliah — ia dicipta dan diraikan dalam kehidupan sebenar selepas graduasi.