Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat
Pengenalan
Program Diploma Bahasa Inggeris untuk Komunikasi direka untuk membangunkan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris bagi tujuan profesional, akademik dan sosial. Pelajar akan didedahkan kepada aspek linguistik, komunikasi antara budaya, serta aplikasi bahasa dalam pelbagai konteks industri. Program ini sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk menceburi kerjaya dalam bidang perkhidmatan, pendidikan, penyiaran, dan komunikasi korporat.
JPT/BPP(R/244/4/0015)02/25, MQA/FA4874
3 Tahun (6 Semester)
RM17,400
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Satu (1) mata pelajaran lain
ATAU
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- Lulus STAM dengan pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Program Diploma Bahasa Inggeris untuk Komunikasi membuka peluang kerjaya dalam pelbagai bidang yang memerlukan kemahiran komunikasi berkesan dalam Bahasa Inggeris. Graduan berpotensi menyertai industri media, pendidikan, perhubungan awam dan kandungan kreatif, atau menjadi usahawan dalam bidang berkaitan bahasa dan komunikasi.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Jurnalis
- Penulis Kreatif Profesional
- Penolong Pegawai Perhubungan Awam
- Editor
- Pereka Iklan
- Konsultan
- Wartawan
- Pengusaha Pusat Tuisyen Bahasa

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini