Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)

PENGGERAK MINDA KEUSAHAWANAN

Pengenalan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)

UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) merupakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik yang ditubuhkan bagi memperkasa hubungan strategik antara pelajar dan agensi industri berkaitan keusahawanan.

UEC berfungsi sebagai penghubung utama dalam menyalurkan maklumat, hebahan peluang, dan sokongan kepada pelajar UCAM dalam bidang keusahawanan serta pembangunan kerjaya.

Visi UEC

Untuk menjadi pusat rujukan dan perkhidmatan pendidikan keusahawanan akademik yang unggul dalam membentuk usahawan berpotensi dalam kalangan pelajar, alumni, staf UCAM, dan komuniti.

Misi UEC

Menerapkan kemahiran dan nilai keusahawanan secara menyeluruh melalui penguasaan teori dan amali, selari dengan keperluan semasa dan pembangunan berterusan pelajar UCAM.

MEMPERKASA MINDA USAHAWAN MUDA

Objektif UEC

PENGGERAK INISIATIF KEUSAHAWANAN

Bidang Tugasan UEC

PENTAS USAHAWAN SISWA

Sorotan Aktiviti Keusahawanan

UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) secara aktif menganjurkan pelbagai program, bengkel, dan aktiviti keusahawanan bagi memupuk budaya berniaga dalam kalangan pelajar UCAM. Aktiviti yang dijalankan dirangka untuk memberi pendedahan praktikal, membina keyakinan dan mengasah kemahiran sebenar sebagai usahawan masa depan.

01

Khidmat nasihat dan maklumat berkaitan keusahawan melalui bilik gerakkan UEC

  • Memberi khidmat nasihat procedure pendaftaran perniagaan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Menyalurkan maklumat agensi-agensi yang member bantuan, khidmat nasihat kepada usahawan2 dan pelajar2.
02

Menyediakan tapak perniagaan usahawan siswa kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu keusahawanan

Menyediakan tapak perniagaan di ruang legar parkir asrama sebagai platform latihan keusahawanan kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam persekitaran sebenar.

03

Menyediakan kursus jangka pendek dan jangka panjang kepada pelajar

UEC menyediakan kursus jangka pendek dan jangka panjang kepada pelajar UCAM dalam pelbagai topik berkaitan keusahawanan. Kursus ini merangkumi latihan teori dan praktikal seperti modul asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran digital, serta sesi perkongsian ilmu (talk) bersama usahawan berjaya dan pakar industri.

04

Program Inkubasi Usahawan Siswazah

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada realiti sebenar pengurusan perniagaan secara menyeluruh. Melalui bimbingan UCAMpreneur Excellence Centre (UEC), pelajar akan mengikuti latihan intensif dan kursus terperinci yang merangkumi aspek penting seperti perancangan perniagaan, operasi, pemasaran, dan pengurusan kewangan — sebagai persediaan menjadi usahawan berdaya saing selepas tamat pengajian.

Menjalankan program berkaitan keusahawanan melalui kerjasama dengan agensi luar seperti PUNB, SSM, INSKEN dan lain-lain

UEC aktif menjalankan pelbagai program berkaitan keusahawanan melalui kerjasama strategik dengan agensi luar seperti PUNB, SSM, INSKEN dan lain-lain. Kerjasama ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan terus kepada ekosistem perniagaan sebenar, peluang pembiayaan, serta latihan yang relevan dan berimpak tinggi.

05

melahirkan modal insan berkualiti

Kami adalah UCAM

Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.

Pusat Penyelidikan RAiMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAiMC) merupakan entiti penyelidikan rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)

UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) merupakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik yang ditubuhkan bagi memperkasa hubungan strategik antara pelajar dan agensi industri berkaitan keusahawanan.

Kebajikan Pelajar

UCAM komited memastikan kebajikan pelajar terpelihara melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang menyokong kesejahteraan hidup dan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan di UCAM

Kemudahan yang selesa dan mesra pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mencerminkan komitmen institusi ini dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong kecemerlangan pelajar.

Kisah Kejayaan Alumni

Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), kejayaan tidak hanya diukur di dalam bilik kuliah — ia dicipta dan diraikan dalam kehidupan sebenar selepas graduasi.