Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian)

Fakulti Agrosains

Pengenalan

Program Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian) dirangka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam merancang, mengurus serta memelihara persekitaran landskap secara lestari. Pelajar akan didedahkan kepada aspek reka bentuk landskap, teknologi hijau, pengurusan projek dan penyeliaan tapak, selari dengan keperluan industri landskap awam dan swasta masa kini.

Kod Program

JPT/BPP(R/581/6/0064)03/27, MQA/FA5032

Tempoh

4 Tahun (8 Semester)

Yuran Keseluruhan

RM52,400