Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pengenalan
Program Diploma Pengurusan Perniagaan menawarkan asas kukuh dalam bidang pengurusan, pemasaran, kewangan, keusahawanan dan komunikasi perniagaan. Pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang relevan untuk menceburi dunia perniagaan moden, sama ada dalam sektor awam, swasta atau memulakan perniagaan sendiri.
3 Tahun (6 Semester)
RM16,200
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Maqbul; ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) atau setara; ATAU
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat Kolej Universiti Agrosains Malaysia.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai kemahiran asas dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan keusahawanan yang membolehkan mereka menceburi pelbagai kerjaya dalam sektor awam dan swasta. Program ini juga membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang berkaitan.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pengurus / Pegawai
- Eksekutif Pengurusan / Pentadbiran
- Setiausaha Syarikat
- Penyelia Industri
- Penyelia Operasi
- Juru Perunding
- Eksekutif Kawalan Mutu
- Usahawan
- Peluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang-bidang berkaitan

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini