August 4, 2026

40 Mahasiswa UCAM Jayakan Program Rakan Muda Prihatin, Laksana Gotong-Royong di Zoo Melaka

40 Mahasiswa UCAM Jayakan Program Rakan Muda Prihatin, Laksana Gotong-Royong di Zoo Melaka

Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) telah menghantar seramai 40 orang mahasiswa bagi menjayakan Program Rakan Muda Prihatin yang berlangsung di Zoo Melaka baru-baru ini.

Penyertaan mahasiswa tersebut merupakan sebahagian daripada tanda sokongan berterusan pihak universiti terhadap usaha memupuk semangat kesukarelawanan, di samping meningkatkan tahap kesedaran generasi muda dalam memelihara kelestarian alam sekitar dan habitat haiwan.

Program bermakna itu dimulakan dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Zoo Melaka, sebelum diteruskan dengan aktiviti utama iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekitar zoo sebagai salah satu inisiatif khidmat komuniti.

Turut hadir memeriahkan program dan memberikan sokongan moral kepada para pelajar ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UCAM, Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohamad Tahier. Hadir sama dalam program tersebut adalah barisan kakitangan universiti yang terdiri daripada Puan Nur Amira binti Mohamed @ Zainun Abidin (Kaunselor UCAM), Puan Nurul Izzati binti Rahmat, dan Encik Asrol Affendi bin Basiron.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Adalah diharapkan agar semangat kesukarelawanan dan rasa keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar akan terus subur dan mekar dalam kalangan mahasiswa UCAM pada masa hadapan.

Artikel Berkenaan