08/07/2026
Satu sesi kunjung hormat oleh Kolej RISDA/UCAM ke KETENGAH telah diadakan pada 7 Julai 2026 bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka kerjasama dalam bidang pembangunan AgroTVET, pendidikan, komuniti desa, dan pensijilan halal.
07/07/2026
Sertai Kursus Kesedaran Halal secara dalam talian (Zoom) bagi memahami konsep ‘halalan thoyyiban’ dan pasaran global. Terbuka kepada pihak industri dan awam dengan yuran hanya RM100 seorang.
07/07/2026
Jom sertai Kursus Pembuatan Air Soya & Jeli Kelapa di UCAM pada 16 Julai 2026. Yuran cuma RM65 sahaja termasuk E-sijil dan nota pembelajaran. Tempat terhad, daftar sekarang!
07/07/2026
Sertai kursus Mastering Power BI anjuran UCAM pada 30 Julai 2026. Dengan yuran serendah RM100 (termasuk E-Sijil & Nota), pelajari cara menganalisa data ala profesional. Tempat terhad, daftar sekarang!
06/07/2026
Sekitar pelaksanaan Program Sukarelawan Berbiri World yang melibatkan siswa siswi UCAM pada 27 hingga 28 Jun 2026. Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB ADUN Taboh Naning atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian.
06/07/2026
Sekitar Program Finishing School anjuran HEPA UCAM dengan kerjasama PERKESO. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai penyediaan resume, teknik temu duga dan portal MYFutureJobs kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada sesi Oktober 2026.






