August 7, 2026

Kunjungan Hormat Kolej RISDA ke KKDW Teroka Kerjasama Strategik Pembangunan Usahawan Desa

Kunjungan Hormat Kolej RISDA ke KKDW Teroka Kerjasama Strategik Pembangunan Usahawan Desa

Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat berserta sesi perbincangan strategik bersama Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) baru-baru ini.

Pertemuan dua hala tersebut bertujuan sebagai platform utama bagi meneroka potensi dan peluang kerjasama strategik secara lebih mendalam, khususnya dalam memperkasakan agenda pembangunan usahawan desa di bawah kelolaan kementerian.

Lebih menarik, sesi perbincangan itu turut memberi ruang kepada KRSB untuk memperkenalkan UCAM Halal Centre sebagai sebuah pusat penyedia latihan dan pembangunan kompetensi halal yang berpengalaman luas serta berprestasi cemerlang.

Pengenalan pusat latihan tersebut diyakini mampu memberi nilai tambah kepada usahawan desa, memandangkan UCAM Halal Centre memiliki rekod kejayaan yang amat membanggakan dalam usaha melahirkan usahawan yang kompeten, progresif, dan berdaya saing tinggi dalam menembusi pasaran industri halal masa kini.

Artikel Berkenaan