10/06/2026
Sekitar lawatan tapak ke Ladang FELDA Palong Timur 1 bagi menilai kesediaan penubuhan Pusat Penilaian Amali (PPA). Inisiatif ini bertujuan menyokong pelaksanaan program SKM Tahap 3 dalam bidang Penyeliaan & Operasi Penanaman Kelapa Sawit.
10/06/2026
Sekitar kemeriahan Program SUKSES 5.0 2026 – Karnival Pendidikan Kerjaya Murid di Putrajaya. Program ini bertujuan memberi pendedahan komprehensif kepada pelajar mengenai peluang pendidikan dan kerjaya masa depan bagi membina aspirasi mereka.
10/06/2026
Sekitar lawatan delegasi RISDA ke tapak rintis Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) dan Projek Agromakanan di Ladang UCAM, Alor Gajah. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Encik Md Najip Ishak bagi meninjau pelaksanaan program.
09/06/2026
Sekitar Mesyuarat Pengurusan Portfolio Pembangunan (MP3) Bilangan 6/2026 di Pejabat RISDA Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA. Mesyuarat disusuli dengan lawatan ke tapak rintis Projek TGBB dan Projek Agromakanan di Ladang UCAM, Alor Gajah.
08/06/2026
Sekitar pelaksanaan Program School Attack Siri 4 oleh Fakulti Agrosains UCAM di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor. Inisiatif proaktif ini bertujuan mempromosikan bidang agrosains, menarik minat pelajar menyambung pengajian ke peringkat diploma, serta memperkukuh kolaborasi institusi.
08/06/2026
Sekitar kejayaan Hikers Official UCAM Youth Hiking Club menawan puncak Gunung Datuk pada 6 Jun lalu. Ekspedisi yang diketuai oleh Encik Fazley bin Muhamad Lazim ini berjaya memupuk semangat kerja berpasukan serta memberi pengalaman luar kelas yang bermakna buat para peserta.






