14/08/2026
Program Edu-Agrotourism @ UCAM terus memperkukuh jaringan antarabangsanya dengan menerima lawatan 20 orang peserta dari Shanghai Ocean University, China yang didedahkan dengan pelbagai aktiviti berteraskan pertanian, kebudayaan Melayu, serta perbincangan kolaborasi strategik.
13/08/2026
Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Zon Sarawak 2026 yang diadakan di Kuching telah menghimpunkan pekebun kecil dan pemain industri bagi membincangkan inisiatif transformasi sektor getah, pengaplikasian teknologi, serta usaha rantaian ekonomi menerusi inisiatif Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).
12/08/2026
UCAM menawarkan kursus sehari menguasai hamparan kerja Excel menggunakan teknologi AI pada 14 Oktober 2026. Dengan yuran pendaftaran RM199, peserta berpeluang mempelajari teknik analisis data pintar untuk mempercepatkan tugasan harian.
12/08/2026
Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi merintis peluang kerjasama memfokuskan kepada pembangunan modal insan, pendidikan, serta sektor agro-makanan.
12/08/2026
KEMAS dan UCAM mengadakan perbincangan bagi merintis kerjasama strategik yang memfokuskan kepada pemerkasaan Modul Pintar Botani untuk kanak-kanak TABIKA KEMAS, latihan pensijilan halal, serta program pembangunan profesional komuniti.
11/08/2026
Sesi Penilaian Amali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Program Harvesting Specialist Siri 1 telah berjaya dilaksanakan di Kinabatangan, Sabah bagi menilai kompetensi peserta dalam operasi penuaian kelapa sawit mengikut standard industri.






