August 24, 2026

Ulang Tahun Kelahiran Ke-77 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka: KRSB dan UCAM Titip Ucapan Tahniah

Ulang Tahun Kelahiran Ke-77 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka: KRSB dan UCAM Titip Ucapan Tahniah

Warga kerja Kolej RISDA Sdn Bhd (KRSB) dan Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Menerusi perutusan tersebut, seluruh warga KRSB dan UCAM mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Mereka turut menzahirkan harapan agar Tun Seri Setia akan terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat dalam usaha memacu kemajuan, keharmonian, serta kesejahteraan Negeri Melaka secara berterusan.

Artikel Berkenaan