September 18, 2026

Kunjung Hormat UCAM ke PKNS Rintis Peluang Kerjasama Strategik

Kunjung Hormat UCAM ke PKNS Rintis Peluang Kerjasama Strategik

18 September 2026 | SHAH ALAM – Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) atau Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengadakan satu Lawatan Kunjung Hormat rasmi ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pertemuan dan sesi lawatan ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perbincangan antara kedua-dua buah institusi. Diharapkan pertemuan ini akan menjadi titik permulaan yang positif ke arah pembentukan kerjasama strategik yang lebih erat, komprehensif, dan berimpak tinggi antara KRSB/UCAM dan PKNS pada masa yang akan datang.

Selari dengan aspirasi dan objektif lawatan tersebut, UCAM akan terus komited memegang prinsip, “Memperkasa Jaringan, Mencipta Peluang, Membina Impak” demi kecemerlangan bersama.

Artikel Berkenaan