Alhamdulillah, proses Audit Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) bagi tahun 2026 untuk Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah pun selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 4 September 2026 yang lalu.
Pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pengurusan serta seluruh warga kerja UCAM atas komitmen yang jitu, kerjasama padu, dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam menjayakan kelancaran proses pengauditan ini.
Penyempurnaan sesi audit ini merupakan satu lagi langkah dan batu loncatan yang amat penting buat UCAM dalam usaha berterusan untuk memperkukuh kualiti pendidikan, meningkatkan piawaian kecemerlangan, serta memacu daya saing institusi di landasan pengajian tinggi.
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UCAM!













