Alhamdulillah, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sekali lagi berjaya mencipta kejayaan yang amat membanggakan di Festival Pengguna CONFEST Peringkat Kebangsaan 2026. Program berprestij ini telah berlangsung dengan jayanya di Pulau Pinang bermula dari 17 hingga 20 September 2026.
Kejayaan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen yang jitu, semangat juang yang tinggi, dan usaha gigih daripada para mahasiswa UCAM yang terlibat. Delegasi UCAM ke festival ini turut mendapat bimbingan dan sokongan padu daripada barisan pegawai iaitu Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri Bin Mohamad Rahier (TR HEPA), Kaunselor UCAM, Puan Nur Amira Mohamed, serta Felo Pejabat TRHEPA, Encik Fadhli Bin Bahar.
Sepanjang tempoh festival tersebut, kontinjen UCAM telah mempamerkan prestasi dan persembahan yang sangat cemerlang sehingga melayakkan mereka membawa pulang beberapa anugerah berprestij, iaitu:
Tempat Ketiga: Pertandingan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Peringkat Kebangsaan
Tempat Keempat: Pertandingan War Cry (Kategori Zon) Peringkat Kebangsaan
Penerima Hadiah Khas YB Menteri KPDN (Kategori Zon)
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen dan para pelajar UCAM atas pencapaian gemilang ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga UCAM untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan pada masa akan datang!













