Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) melakar pengalaman manis apabila buat pertama kalinya berjaya melaksanakan aktiviti pendakian di Bukit Mor, Muar. Ekspedisi bertemakan “Tawanan Puncak Mor” ini merupakan kolaborasi mantap antara Student Club Hiking UCAM dan pertubuhan Kembara Indah Alam Hijau.
Walaupun pada mulanya disangkakan mudah, laluan pendakian yang curam dan ‘pacak’ nyata menguji ketahanan fizikal serta mental para peserta. Namun, segala lelah dan keringat terus terubat sebaik sahaja mereka tiba di puncak, apabila disajikan dengan panorama menakjubkan berlatarbelakangkan keindahan Sungai Muar.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Fazley Bin Mohamad Lazim atas bimbingan beliau, serta seluruh barisan pelajar Kelab Hiking UCAM dan rakan kolaborasi Kembara Indah Alam Hijau atas kejayaan ekspedisi alam semula jadi ini. Semangat juang dan kesepakatan yang ditunjukkan membuktikan bahawa tiada puncak yang terlalu tinggi untuk ditawan.













