Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) atau Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengadakan satu lawatan kunjung hormat rasmi ke Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Putrajaya.
Sesi pertemuan yang bermakna ini telah menjadi platform perbincangan yang berkesan bagi memperkenalkan peranan, kepakaran, serta inisiatif-inisiatif berimpak tinggi yang dipelopori oleh pihak KRSB dan UCAM.
Selain itu, lawatan ini turut memberi fokus utama kepada usaha meneroka ruang dan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak. Antara agenda penting yang dibincangkan termasuklah kolaborasi dalam pembangunan ekosistem keusahawanan, peningkatan kompetensi golongan usahawan, serta penyediaan program latihan dan konsultasi yang komprehensif. Perbincangan yang berlangsung turut menyentuh aspek pemerkasaan keusahawanan halal.
Melalui jalinan kerjasama strategik yang bakal dirintis ini, ia diharap dapat menghasilkan pelbagai program pembangunan yang mampu memberikan manfaat serta impak positif secara langsung kepada para pelajar, alumni UCAM, komuniti luar bandar, serta barisan usahawan tempatan secara keseluruhannya.













