TAHNIAH DAN SYABAS!
Pada 1 Julai 2026 (Rabu), seramai lapan (8) orang pelajar Program Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 (A016-001-3:2016) bagi Ambilan Julai 2025 telah berjaya menamatkan sesi verifikasi penilaian akhir. Sesi penilaian yang kritikal ini telah dikendalikan dengan lancar oleh Pegawai Penilai Luaran (PPL).
Lebih membanggakan, pihak PPL telah mengesahkan bahawa kesemua pelajar yang menduduki penilaian akhir pada hari tersebut telah berjaya menamatkan saringan dengan lulus dan terampil dalam program berkenaan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dedikasi anda semua dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini, bermula daripada proses awal pengambilan pelajar sehinggalah ke garisan penamat penilaian akhir amatlah dihargai.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan anda pada masa hadapan!













