July 3, 2026

Sekitar Program Pendakian Gunung Angsi

Sekitar Program Pendakian Gunung Angsi

SEKITAR PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG ANGSI

Sekitar Program Pendakian Gunung Angsi yang telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Jun 2026 bertempat di Negeri Sembilan Darul Khusus. Ekspedisi pendakian ini telah mendapat penyertaan seramai 13 orang peserta yang mempamerkan semangat juang yang tinggi, kerjasama berpasukan, serta ketahanan fizikal dan mental sepanjang pendakian berlangsung.

Selain daripada menguji ketahanan fizikal, pelaksanaan program riadah ini juga dilihat mampu memupuk semangat kebersamaan, mencungkil bakat kepimpinan, serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menawan puncak! Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

Artikel Berkenaan