Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) melakar kejayaan membanggakan apabila wakil penyelidiknya menyertai dan memenangi anugerah di The 15th Kuala Lumpur International Agriculture, Forestry & Plantation Conference 2026 yang telah berlangsung pada 18 hingga 19 Julai lalu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Siti Aishah binti Abdullah yang berjaya meraih Best Poster Award (Anugerah Poster Terbaik) menerusi kajiannya yang bertajuk “Effects of Shrimp Shell-Based Local Microorganisms (LMO) on the Growth Performance and Yield of Lettuce (Lactuca sativa)”.
Turut mencipta nama pada persidangan tersebut ialah Ts. Sr. Gs. Shahira Ain binti Noor Azmi yang telah cemerlang membentangkan kajian bertajuk “Evaluating The Effectiveness of Banana Peel Fertilizer on The Growth Performance and Yield of Bara Chili (Capsicum frutescens)”.
Pencapaian cemerlang ini membuktikan komitmen berterusan warga UCAM dalam memperkasa penyelidikan, inovasi, dan kelestarian dalam bidang agrosains, yang diharap akan terus memberi impak positif kepada industri pertanian negara.













