Ingin menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan bijak? Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) kini membuka pendaftaran bagi Kursus Pengurusan Kewangan yang membawa slogan “Urus Wang Secara Bijak, Hidup Tenang Tanpa Beban”.
Kursus intensif ini dijadualkan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Oktober 2026 (Selasa dan Rabu), bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di kampus UCAM, Melaka. Sesi ini akan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, En. Azuan bin Che Lah, yang merupakan Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan merangkap Certified Train The Trainer (HRD Corp).
Dengan yuran penyertaan hanya RM399 dan tertakluk kepada tuntutan HRDC (HRDC Claimable), para peserta akan menikmati pelbagai kelebihan penganjuran, termasuklah:
- Pemberian Sijil Penyertaan
- Kemudahan Penginapan Disediakan
- Makan dan Minum Disediakan sepanjang kursus
- Perkongsian ilmu dan kemahiran kewangan yang berkualiti
Penyertaan adalah amat terhad. Justeru, mereka yang berminat diseru untuk mendaftar segera bagi meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan masing-masing.
Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila klik pautan WhatsApp berikut untuk menghubungi urus setia bertugas: En. Azuan (014-8041163) atau Pn. Hawa (013-315599). Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.ucam.edu.my atau ikuti laman Facebook ucamofficial.













