August 18, 2026

Pelajar FAS UCAM Teroka Potensi Industri Buah Naga di HL Dragon Fruit Eco Farm

Pelajar FAS UCAM Teroka Potensi Industri Buah Naga di HL Dragon Fruit Eco Farm

SEPANG – Seramai 40 orang pelajar bersama barisan pensyarah Fakulti Agrosains (FAS), Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengadakan satu lawatan akademik ke HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Sepang, Selangor pada 11 Ogos lalu.

Rombongan lawatan yang diketuai oleh Dr. Mohd. Syafik itu telah memberi peluang keemasan kepada para pelajar untuk didedahkan secara praktikal mengenai aspek genetik dan pembiakbakaan buah naga, serta pengurusan agronomi ladang tersebut.

Di samping itu, lawatan ini turut memfokuskan kepada cawangan ekonomi pertanian yang lain, di mana pelajar mempelajari tentang potensi perniagaan berasaskan agropelancongan serta inovasi pembangunan produk hiliran berasaskan buah naga.

Penganjuran lawatan lapangan ini diharap dapat memberikan pendedahan awal yang berharga kepada pelajar agro UCAM berhubung kepentingan genetik tumbuhan, sekali gus membuka mata mereka terhadap potensi dan peluang luas yang menanti dalam industri agro negara.

Artikel Berkenaan