July 22, 2026

Sinergi Akademik & Industri: UCAM Teroka Kerjasama R&D Gaharu Hibrid Bersama Agartech Ventures

Sinergi ini dijangka bakal memperkasa pembangunan modal insan dalam agroteknologi, memacu penyelidikan genetik tumbuhan, dan menyokong agenda pertanian moden negara.

🏢 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑, 𝐊𝐋: 𝐔𝐂𝐀𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐠𝐚𝐫𝐭𝐞𝐜𝐡 𝐕𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 🏢

Satu lagi langkah ke hadapan buat Fakulti Agrosains, UCAM! 🚀

Tahniah diucapkan kepada 𝐃𝐫. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢, Fakulti Agrosains UCAM, yang telah dijemput menghadiri Sidang Media Agartech Ventures Sdn. Bhd. baru-baru ini. Pertemuan ini memfokuskan kepada perbincangan potensi kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pokok gaharu hibrid MyKynam. 🌳🧬

Kerjasama perintis ini adalah satu langkah signifikan untuk:

  • 🤝 Memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan pemain industri.

  • 🎓 Memperkasa pembangunan modal insan dalam bidang agroteknologi.

  • 🔬 Memperluas perkongsian kepakaran khususnya dalam genetik tumbuhan.

  • 📈 Memacu kemajuan sektor agrokomoditi negara melalui inisiatif penyelidikan berimpak tinggi.

UCAM akan terus komited dalam memperkukuh jaringan strategik bersama industri demi melahirkan graduan yang berkualiti, memperkasakan R&D yang relevan, serta menyokong penuh agenda pembangunan pertanian moden negara. 🇲🇾✨

Artikel Berkenaan