Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Sr. Gs. Shahira Ai’n binti Noor Azmi atas kejayaan membanggakan menerbitkan sebuah penulisan popular di dalam ruangan The Star Education.
Menerusi penulisan artikel yang bertajuk “Pembangunan TVET Pertanian dan Bakat Masa Hadapan”, beliau telah mengupas secara kritis peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke arah memperkasa bakat baharu sektor pertanian negara.
Pencapaian cemerlang ini mencerminkan komitmen jitu dan kepakaran warga akademik UCAM dalam usahanya menyebarluaskan ilmu, di samping mengangkat isu-isu penting yang berkaitan dengan bidang pendidikan, pertanian, dan pembangunan industri kepada masyarakat umum.
Pihak universiti menaruh harapan agar kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UCAM untuk sentiasa aktif berkarya, sudi berkongsi kepakaran, dan menghasilkan penulisan yang mampu memberi impak. Syabas dan tahniah diucapkan!













