Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan atas kejayaan beliau menerbitkan sebuah penulisan popular di akhbar Berita Harian.
Artikel yang bertajuk “Malaysia Perlu Teroka Industri Gaharu, Wujud Institusi Seperti Sawit” itu merupakan inisiatif beliau dalam mengetengahkan pandangan strategik berhubung potensi industri agrikultur negara.
Pencapaian bermakna ini jelas mencerminkan komitmen serta kepakaran warga akademik UCAM dalam usaha menyebarluaskan ilmu, di samping mengangkat isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan, pertanian, dan pembangunan industri kepada masyarakat umum.
Pihak universiti berharap agar kejayaan ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga UCAM untuk sentiasa aktif berkarya, sudi berkongsi kepakaran, dan menghasilkan penulisan yang mampu memberi impak positif. Syabas dan tahniah diucapkan!













