August 19, 2026

UCAM Anjur Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2026, Semai Semangat Patriotisme Mahasiswa

UCAM Anjur Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2026, Semai Semangat Patriotisme Mahasiswa

Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) telah melangsungkan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2026 pada 19 Ogos lalu dengan penglibatan para pelajar dari Semester 1 dan 2.

Program yang padat dengan pengisian bermakna ini telah dilaksanakan dengan jayanya menerusi kerjasama strategik antara Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UCAM serta Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

Penganjuran seminar ini bertujuan sebagai platform utama bagi menyemai semangat patriotisme yang tinggi, menerapkan keluhuran nilai kenegaraan, serta memupuk rasa kecintaan yang mendalam terhadap negara dalam kalangan mahasiswa UCAM.

Artikel Berkenaan