Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) menerusi Gagasan Anak Seni UCAM (GASU) telah berjaya menganjurkan Program Aneka Ragam ‘Back To School 2026’ pada 19 Ogos lalu.
Membawa tema nostalgia alam persekolahan, program berkenaan telah diwarnai dengan pelbagai persembahan kreatif merangkumi nyanyian, tarian, dan lakonan yang bertujuan mencungkil bakat terpendam serta memupuk keyakinan diri para pelajar.
Pihak penganjur menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform utama pembangunan sahsiah, kreativiti, dan kebudayaan mahasiswa.
Acara tersebut diakhiri dengan titipan semangat buat para pelajar bertepatan dengan slogan penganjuran, “Kenangan lama, semangat baru, masa depan menanti.”













