Warga kerja Kolej RISDA Sdn Bhd (KRSB) dan Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Menerusi perutusan tersebut, seluruh warga KRSB dan UCAM mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada-Nya.
Mereka turut menzahirkan harapan agar Tun Seri Setia akan terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat dalam usaha memacu kemajuan, keharmonian, serta kesejahteraan Negeri Melaka secara berterusan.













