Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kumpulan RISDA menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarahnya, YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M).
Penganugerahan yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026 (11 Rabiulawal 1448H).
Menerusi perutusan tahniah tersebut, warga kerja Kumpulan RISDA turut mendoakan agar agensi berkenaan akan terus cemerlang, maju, dan gemilang di bawah kepimpinan beliau demi memacu kesejahteraan pekebun kecil serta kemakmuran negara.













